Kuala Lumpur City Hall Department of Licensing and Petty Traders Development

14.05.17

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN OLEH PEMOHON ATAU SYARIKAT WARGANEGARA ASING

LICENSING APPLICATION REQUIREMENTS FOR FOREIGN COMPANIES

  1. Pengertian / Definition

1.1 “Syarikat asing” ertinya -

(a) suatu syarikat, perbadanan, pertubuhan, persatuan atau badan lain yang diperbadankan di luar Malaysia; atau

(b) suatu pertubuhan, persatuan atau badan lain yang tidak diperbadankan yang di bawah undang-undang tempat asalnya boleh membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya, atau memegang harta atas nama setiausaha atau pegawai lain badan atau persatuan itu yang dilantik dengan sewajarnya bagi maksud iu dan yang tidak mempunyai ibu pejabat atau tempat utama perniagaanya di Malaysia;

Foreign companies are defining as:

a) a company, corporation, society, association or other body incorporated outside Malaysia; or

b) an unincorporated society, association or other body which under the law of its place of origin may sue or be sued, or hold property in the name of the secretary or other officer of the body or association duly appointed for that purpose and which does not have its head office or principal place of business in Malaysia;

2. Pengecualian / Exemptions

Walau bagaimanapun, syarat tambahan ini dipertimbangkan untuk pengecualian dengan syarat seperti berikut:

However, this additional requirement can be considered for exemption as follows:

No.

PERKARA / ITEMS

SYARAT-SYARAT/KETERANGAN

TERMS & CONDITIONS / DESCRIPTION

1.

Modal Syarikat / The Company's Capital

Syarikat yang berdaftar dengan modal LEBIH dari RM 1,000,00.00. (berdasarkan Borang 24 yang disahkan oleh SSM)

Registered Companies with capital of more than RM 1,000,000 (Based on Form 24 endorsed by SSM)

2.

Lokasi Premis /

Premise Location

Lokasi premis perniagaan BUKAN di kawasan yang telah sedia ada menjadi tumpuan peniaga warga asing seperti berikut:

1. Jalan Silang/Jalan Tun Tan Siew Sin dan sekitarnya.

2. Jalan Bukit Bintang dan sekitarnya.

3. Jalan Chow Kit/Jalan Tuanku Abdul Rahman dan sekitarnya.

4. Leboh Ampang/Leboh Pasar dan sekitarnya.

5. Jalan Masjid India dan sekitarnya.

6. Jalan Kenanga dan sekitarnya.

7. Pusat Bandar Utara, Selayang.

8. Atau kawasan lain dari semasa ke semasa.

The location of business premise is NOT IN THE AREA that has become the focus of existing foreign traders as follows:

1. Jalan Silang/Jalan Tun Tan Siew Sin and the surrounding area

2. Jalan Bukit Bintang and the surrounding area

3. Jalan Chow Kit/Jalan Tuanku Abdul Rahman and the surrounding area

4. Leboh Ampang/Leboh Pasar and the surrounding area.

5. Jalan Masjid India and the surrounding area.

6. Jalan Kenanga and the surrounding area.

7. Pusat Bandar Utara, Selayang.

8. The other areas will be notify from time to time